Senin, 13 Mei 2013

MAKALAH SISTEM EKONOMI INDONESIA TENTANG SISTEM EKONOMI MALAYSIA


BAB I
PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang
Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan terbuka.[1] Negara memainkan peranan yang penting tetapi semakin berkurangan dalam menjana ekonomi menerusi perancangan makroekonomi.
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.
1.2Rumusan Masalah
a) Apa pengertian sistem ekonomi Malaysia
b) Jelaskan macam-macam sistem ekonomi Malaysia
1.3  Tujuan Penulisan
a)      Diharapkan dengan penulisan makalah ini kita bisa memahami sistem ekonomi di Malaysia.
b)     Diharapkan sistem ekonomi Malaysia dapat menjalankan fungsinya dengan sebenar-benarnya
c)      Diharapkan makalah ini dapat dipergunakan sebagaimana mestinya.


BAB II
PEMBAHASAN
2.1 SEJARAH EKONOMI MALAYSIA
bulletFasa Pertama Kemerdekaan, 1957-1970

Ketika negara mencapai Kemerdekaan dalam tahun 1957 ekonomi pada dasarnya berasaskan komoditi utama dengan pergantungan tinggi kepada getah dan timah yang menyumbang sebanyak 70 peratus daripada jumlah pendapatan eksport, 28 peratus daripada pendapatan kerajaan dan 36 peratus daripada jumlah pekerjaan. Ekonomi pada asasnya dipandu oleh sektor swasta. Pelaburan swasta mencapai pertumbuhan purata tahunan sebanyak 7.3 peratus. Ekonomi juga tetap bergantung kepada perniagaan luar negara untuk menjana pendapatan daripada tukaran wang untuk membiayai pembangunannya.
Kerajaan untuk negara yang baru merdeka telah mencari jalan segera untuk mengatasi kelemahan struktur ekonomi dengan memberi tumpuan kepada mengembangkan dan memodenkan pengeluaran pertanian serta menekankan pembangunan luar bandar. Penggantian import adalah strategi yang digunakan untuk menggalakkan pembangunan industri yang memberi tumpuan kepada industri berasaskan sumber seperti getah dan timah.
Hasil daripada kemajuan yang dicapai dalam pertanian dan perkilangan termasuk utiliti, perkhidmatan dan sektor-sektor lain, Malaysia telah muncul pada akhir 1960an dengan asas ekonomi yang lebih dalam, lebar dan kukuh. Sumbangan eksport barangan dan perkhidmatan dalam KDNK menurun dari 52.6 peratus dalam tahun 1960 kepada 45.1 peratus dalam tahun 1970, manakala sumbangan getah dan timah dalam eksport keseluruhan barangan juga menurun dari 70 peratus kepada 53 peratus dalam dekad tersebut. Oleh yang demikian, pada tahun 1970, fasa pertama daripada transformasi ekonomi Malaysia, iaitu kepelbagaian pertanian, telah menampakkan kesan di mana kayu balak dan minyak kelapa sawit muncul sebagai komoditi eksport terpenting. Dengan penemuan telaga minyak di pesisir Sarawak, pengeluaran petroleum mentah pula semakin penting. Pertumbuhan keseluruhan 6 peratus setahun bukan sahaja lebih tinggi dari yang disasarkan malah lebih cepat daripada sasaran 5 peratus oleh Pembangunan Dekad PBB untuk negara-negara membangun.
bulletPertumbuhan Tinggi dengan Tempoh Ekuiti, 1971-1983
Walaupun ekonomi telah meningkat teguh, kedudukan kemiskinan dan jurang pendapatan di antara berbagai kaum telah menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat dan dasar-dasar perlu digubal untuk menyelesaikan isu tersebut. Ini membawa kepada penilaian yang kritikal dan anjakan besar dalam pembentukan dasar pembangunan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dibentuk dengan dua matlamat iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Falsafah asanya adalah pertumbuhan ekuiti dan perpaduan nasional pula menjadi matlamat utama. Untuk memastikan dasar ini dilaksanakan tanpa menafikan hak dan peluang mana-mana anggota masyarakat, DEB telah dilaksanakan dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat.

Untuk membasmi kemiskinan, program-program yang dilaksanakan termasuklah menyediakan barangan dan kemudahan yang lebih baik di dalam kawasan pertanian, menyerapkan keluarga miskin ke dalam pertanian moden dan lain-lain sektor melalui penyediaan peluang pekerjaan yang produktif serta penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, air serta elektrik. Melalui program-program ini, masyarakat miskin telah dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka melalui penggunaan sepenuhnya aset yang produktif dan kemahiran dalam mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti.
Penyusunan semula masyarakat pula memerlukan pembetulan ketidakseimbangan ekonomi untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identiti bangsa dalam aktiviti ekonomi. Untuk tujuan ini program-program termasuk memodenkan hidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandaran yang cepat tetapi seimbang, pembukaan pusat pembangunan baru dan mewujudkan komuniti perdagangan dan industri dalam semua kategori di semua peringkat operasi. Matlamatnya adalah untuk memastikan orang Melayu dan lain-lain masyarakat pribumi menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan ekonomi negara.
Penubuhan agensi amanah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC), Perbadanan Nasional (PERNAS) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), menyediakan peluang dan ruang kepada Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan perdagangan. Strategi untuk pembelajaran dan latihan pantas menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk mengikuti kursus-kursus profesional, pengurusan dan teknikal, sama ada di dalam institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Pertumbuhan negara mula perlahan pada awal tahun lapan puluhan terutamanya disebabkan kemelesetan ekonomi dunia yang berpanjangan dan disusuli dengan kejatuhan harga minyak kedua dalam tahun1979. Kejatuhan harga barangan utama menyulitkan lagi keadaan yang memberi tekanan hebat kepada bekalan sumber dan menyebabkan ekonomi susut kepada situasi defisit kembar yang berkaitan dengan belanjawan dan imbangan bayaran.
bulletPenstrukturan Semula, 1984-1990
Sebagai tindak balas, mulai 1983 Kerajaan merencanakan beberapa langkah penstrukturan semula ekonomi. Ini termasuk mengawal perbelanjaan sektor awam untuk mengurangkan defisit belanjawan dengan mengamalkan strategi pertumbuhan yang dipimpin oleh sektor swasta yang memperkenalkan pembebasan dan kurang kawalan ekonomi dan memperbaiki dasar dan insentif pelaburan untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta. Dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan, Kerajaan mengambil beberapa reformasi dalam pentadbiran dan institusi untuk mempertingkatkan daya kecekapan sektor awam. Penswastaan beberapa aktiviti, agensi dan perusahaan sektor awam telah diperkenalkan.

Penekanan dasar Kerajaan telah diorientasikan semula ke arah membekalkan perkhidmatan infrastruktur dan sokongan untuk memberikan suasana yang selesa kepada industri swasta untuk berkembang. Kerajaan secara perlahan telah menarik diri daripada terlibat secara terus dalam aktiviti ekonomi yang mana sesetengah keadaan telah menjadi saingan terus kepada sektor swasta.
Pada peringkat awal, pengunduran sektor awam dengan kedudukan luarannya telah melemahkan ekonomi. Walaubagaimanapun ekonomi negara pulih semula dalam tahun 1987 dan terus berkembang secara pesat dengan mencatat pertumbuhan 9.3 peratus setahun antara 1988-90, iaitu rekod pencapaian tertinggi sejak Kemerdekaan. Pendapatan per kapita yang menurun dalam 1986 meningkat pada kadar purata 6.3 peratus pada terma nominal untuk mencapai RM6224 dalam tahun 1990. Belanjawan defisit hampir terhapus dalam 1990 dan imbangan bayaran bertukar menjadi lebihan sehingga mencapai RM6.6 bilion atau 8.9 peratus daripada KDNK dalam tahun 1987. Sehingga 1989 sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi telah mengatasi sektor awam, menjadikan transformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta.
Tahun lapan puluhan juga menyaksikan transformasi struktur yang besar terhadap ekonomi. Sektor pengilangan menjadi sektor pertumbuhan terpantas dengan kadar pertumbuhan 10.4 peratus setahun dan buat pertama kali dalam tahun 1987 ia telah mengatasi sektor pertanian dengan catatan 22.6 peratus daripada KDNK. Dekad itu juga menyaksikan kepelbagaian ekonomi lebih meluas kepada industri yang lebih maju yang mana kemuncaknya ialah pengeluaran kereta nasional. Langkah ini berdasarkan kepada situasi bahawa negara perlu mengurangkan pergantungannya kepada import modal dan barangan pertengahan untuk mempertahankan pertumbuhan; untuk menggerakkan berbagai industri sokongan; serta mengambil pengalaman yang dilalui oleh negara yang cepat membangun yang menunjukkan bahawa industri berat adalah faktor penting dalam kejayaan ekonomi. Walaupun menghadapi berbagai masalah dan kelemahan terutamanya di pertengahan lapan puluhan, namun banyak kemajuan telah dicapai dalam pertumbuhan dan ekuiti. Pada akhir tempoh DEB ekonomi telah kembali kepada laluan pertumbuhan yang tinggi dengan pemulihan kestabilan fiskal dan kewangan, imbangan bayaran yang lebih kukuh dan pengurangan beban hutang luar negara. Kemasukan dana modal luar pula adalah lebih besar daripada yang pernah dialami sebelumnya. Kedudukan kemiskinan telah menurun, corak pekerjaan juga semakin menampakkan komposisi bangsa manakala corak pemilikan ekuiti juga telah bertambah baik.
bulletKemakmuran dan Kesukaran 1991 - 2000
Tahun sembilan puluhan bermula dengan pengisytiharan
2020 yang membayangkan Malaysia menjadi negara maju dengan acuannya sendiri pada tahun 2020. Ia juga menandakan permulaan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Polisi ini yang dibina atas Dasar Ekonomi Baru (DEB), meletakkan “pembangunan seimbang” di dalam rangka perkembangan pantas dengan ekuiti sebagai teras utamanya. Dalam konteks ini, DPN mengandungi beberapa dimensi baru. Dimensi baru ini melibatkan perubahan fokus strategi anti-kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar sementara mengurangkan kemiskinan relatif, menekankan pengwujudan pekerjaan, pembangunan yang lebih pantas kepada Komuniti Perdagang dan Industri Bumiputera, pergantungan yang lebih kepada sektor swasta dalam menstrukturkan semula matlamat dan mempertingkatkan pembangunan sumber manusia.
Pada awal dan pertengahan sembilan puluhan Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pantas untuk beberapa tahun. Di antara 1991 hingga1997 Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) tumbuh pada kadar 8.5 peratus dengan pendapatan per kapita meningkat dua kali ganda daninsiden kejatuhan hartanah dari 16.5 peratus kepada 6.1 peratus. Suasana makroekonomi yang memberansangkan ini yang telah berjaya menarik kemasukan modal besar yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki prospek ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, krisis Kewangan Asia telah mengganggu momentumnya. Krisis itu yang bermula pada pertengahan 1997 dicetuskan oleh serangan spekulatif ke atas matawang Asia Timur termasuklah Ringgit. Walaupun ia menjadi penghalang kepada tercapainya sebahagian dari sasaran DEB, negara ini terselamat daripada kesan krisis yang lebih ekstrim seperti yang berlaku ke atas beberapa negara lain seperti pengangguran yang tinggi, kemiskinan dan kebankrapan yang sangat besar. Ini disebabkan oleh kedudukan awal yang kukuh, sama ada dalam ekonomi nyata dan sektor kewangan, serta tindakan cepat dan pragmatik yang diperkenalkan oleh Kerajaan sepanjang krisis itu. Pendekatan awal mengandungi beberapa ciri tindakan yang dikenakan oleh IMF ke atas ekonomi serantau, walaupun Malaysia sendiri tidak termasuk di dalam program IMF itu. Ini termasuk mengamalkan dasar kewangan yang ketat, menaikkan kadar faedah dan mengurangkan perbelanjaan awam sebanyak 20%. Walaupun tindakan ini dapat menyelesaikan setengah masalah, ia memberi tekanan kepada ekonomi negara.
Di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin gawat itu, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah ditubuhkan pada 7 januari1998 untuk membuat cadangan konkrit kepada Kerajaan untuk menampan kemerosotan ekonomi yang semakin teruk dan menghidupkannya semula. Setelah mengkaji kedudukan dan sifat Malaysia yang unik serta mendapat pandangan yang luas daripada pelbagai pihak awam Malaysia, MTEN telah menyediakan satu kertas kerja yang komprehensif iaitu Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara (RPEN). RPEN telah dilancarkan pada 23 Julai 1998 dengan 6 objektif. Ianya bertujuan untuk menstabilkan nilai Ringgit, memulihkan keyakinan pasaran, menjaga kestabilan pasaran kewangan, memperkukuh asas ekonomi, meneruskan agenda ekuiti dan sosio-ekonomi dan menghidupkan semula sektor yang terjejas teruk. Tambahan kepada itu, langkah-langkah baru telah diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah tertentu manakala beberapa dasar yang sedia ada telah diperkemaskan untuk mempertingkatkan pengurusan ekonomi. Polisi ekuiti untuk sektor pengilangan telah di bebaskan. Berikutan dengan perlaksanaan RPEN , Kerajaan telah menggunakan dasar fiskal yang meransang serta dasar kewangan yang sesuai.


2.2 EKONOMI MALAYSIA
Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan terbuka.[1] Negara memainkan peranan yang penting tetapi semakin berkurangan dalam menjana ekonomi menerusi perancangan makroekonomi.
Di alam tahun 2007, Ekonomi Malaysia adalah negara yang mempunyai ekonomi ke-29 terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli dengan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah $357.9 bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 5% hingga 7% semenjak 2007[2] Negara-negara Asia Tenggara telah mengalami suatu peningkatan ekonomi mendadak dan menjalani pembangunan yang pantas semasa akhir abad ke-20 dan mempunyai satu KDNK per kapita sebanyak $14,400, telah dianggap sebagai sebuah negara industri baru.
 Bagi taburan pendapatan, terdapat 5.8 juta seisi rumah pada tahun 2007. Daripada itu, 8.6% mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM1,000, 29.4% mempunyai pendapatan di antara RM1,000 dan RM2,000, manakala 19.8% memperolehi di antara RM2,001 dan RM3,000; 12.9% daripada seisi keluarga/rumah memperolehi di antara RM3,001 dan RM4,000 serta 8.6% di antara RM4,001 dan RM5,000. Akhirnya, di sekitar 15.8% daripada seisi rumah mempunyai pendapatan di antara RM5,001 dan RM10,000 serta 4.9% mempunyai pendapatan RM10,000 dan ke atas.
2.3 Pengertian Sistem ekonomi di Malaysia
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.

2.4 . MACAM-MACAM SISTEM EKONOMI MALAYSIA:
Ø  Ekonomi sara diri
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka.
Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.
 Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak. 
Ø  Sistem ekonomi komersil
Hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.

2.5 CONTOH-CONTOH SISTEM EKONOMI DI MALAYSIA:
a).Pertanian
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini.
Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur damdengan tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.
Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19. 
Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi.
Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang.
 Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras.
b) Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang.
 Mereka menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan mereka pada masa ini.
 Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan. Pada masa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggal di pinggir laut dan golongan yang kurang berpendidikan.
Selain itu, masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang rendah. Pihak kerajaan juga menggalakan supaya golongan muda berkecimpung dalam kegiatan ini.
Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah berusaha dalam pelbagaai cara antaranya ialah menubuhkan persatuan-persatuan nelayan dan banyak lagi.Perikanan juga terbahagi kpd 2 iaitu perikanan air masin dan air tawar. contoh ikan air masin ialah kerapu kerabong,tenggiri manakala contoh ikan air tawar ialah talapiah, keli, haruan, patin
lokasi utama kegiatan ini:
   a)kuala muda,kedah
   b)pulau pangkor,perak
   c)batu maung,p.pinang
   d)kuala selangor,selangor
   e)kukup,johor
   f)kemaman,terengganu
terdapat juga ikan yang dipelihara didlm sangkar utk memenuhi keperluan penduduk. antara produk ikan adalah: keropok ikan/lekor, budu/cencalok, belacan, sate ikan/sotong
c) Perdagangan
Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan memandangkan bahan-bahan perdagangan itu sendiri lebih berasaskan kepada bahan-bahan mentah. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan-bahan dagangan yang berorientasikan kepada hasil-hasil pertanian. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan.
Dalam tahun 1879, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281823 dan $107558. Dalam tahun 1895, eksport bijih timah mencapai paras 127714498 (89% daripada nilai jumlah eksport Negeri-negeri Melayu Bersekutu) bagi negeri Perak dan Selangor. Hasil yang banyak membolehkan British menjalankan rancangan pembinaan jalan keretapi dan sebagainya.
Pembinaan infrastruktur ini membolehkan bijih timah dieksport dengan mudah. Tetapi pengeluaran bijih timah yang banyak menyebabkan lebihan penawaran di pasaran dunia. Dengan itu, harga bijih timah telah menyusut dari 99.7 pound setan (1870-an) kepada 96.7 pound setan (1880-an).
 Beberapa langkah telah diambil oleh British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih timah agar harganya tidak turun. Selain bijih timah, lada hitam, rempah, gambir dan tebu juga merupakan barang dagangan yang penting. Kegiatan penanaman tumbuhan ini dapat dilihat di Johor dimana orang Cina yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman gambir; di Pulau Pinang dan Perak usaha penanaman tebu dijalankan oleh orang Eropah.
Bermula, abad ke-20, getah pula menjadi tanaman eksport atau hasil dagangan yang penting kerana ia sangat menguntungkan. Perkembangannya berhubung rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan infrastruktur dibina.
 Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara tahun 1906-1929, purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari 129809 hektar kepada 2971000 hektar dan eksport getah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah juga meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-1900.
Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan penawaran dan harga getah telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928). Sejak 1917, kelapa sawit telah ditanam secara komersil di Selangor.
 Akibat kemelesetan harga getah, kawasan penanaman kelapa sawit telah meningkat dari 4900 hektar (1926) kepada 25777 hektar (1933). Hasil kelapa sawit seterusnya menjadi bahan dagangan yang penting di Tanah Melayu.
d)     Perlombongan
Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya, aktivititas ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesar-pembesar Melayu seperti :
v  ijih timah
Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.
Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui seorang pengembara Arab yang bernama Abu Dulaf (abad ke-10). Beliau berkata “di seluruh dunia tidak ada lombong bijih timah seperti di Tanah Melayu”. Pada abad ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas bahawa bijih timah di Tanah Melayu sangat tulen dan bercahaya. Menurut sumber China pula, Melaka dan Pahang ada mengeksport bijih timah.
Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar.
 Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat.
Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan lagi.
Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu.
Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong.
 Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.angsangkan hasil pengeluaran terus meningkat.
v  Emas
Menurut J. Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka pada zaman Neolitik lagi dan kenyataan ini mungkin benar kerana semenjak dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana.
 Dinyatakan bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke-16 lagi. Perusahaan ini pada umumnya merupakan perusahaan orang Melayu dan jumlah pengeluarannya adalah kecil.
Pada tahun 1889, Raub Australian Gold Mining Company (oleh orang Australia) telah ditubuhkan. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting di Tanah Melayu dan ditutup pada tahun 1960-an.
v  Arang batu
Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang (Selangor) dan Enggor (Perak). Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat Malayan Collieries semenjak tahun 1915. Arang batu yang diperolehi telah dijual dalam pasaran tempatan kepada Keretapi Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong bijih timah. Dalam tahun 1950-an, pengeluaran arang batu mula merosot sebagai akibat persaingan dengan bahan api minyak. Dengan itu, lombong arang batu di Batu Arang telah ditutup pada tahun 1960.

v  Bijih besi
Perlombongan bijih besi hanya dijalankan oleh syarikat-syarikat Jepun hanya selepas Perang Dunia I di Johor dan Terengganu serta Kelantan. Bijih besi ini kemudian dieksport ke negara Jepun dan menjelang tahun 1938, kira-kira setengah daripada jumlah import bijih besi Jepun datangnya dari Tanah Melayu.

v  Bauksit
Bauksit hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja di dan Taiwaneksport ke Australia



BAB III
PENUTUP
3.1 SIMPULAN
Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.

0 komentar :

Posting Komentar